Jerman serba tak menjadi

Iklan
Barisan pemain Jerman nyata kecewa selepas sekadar seri 1-1 dengan Switzerland awal pagi tadi.

PENGENDALI Jerman, Joachim Low menyifatkan pasukannya tidak bersedia untuk mengharungi saingan Liga Negara-Negara Eropah selepas terikat seri 1-1 dengan Switzerland di Basel awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan Jerman mencatatkan hasil seri kedua selepas turut terikat dengan keputusan sama ketika menentang Sepanyol, Khamis lalu.

Iklan
Iklan

"Sama seperti ketika berdepan Sepanyol, kami gagal menghasilkan gol kedua yang akan memberikan kami lebih keselesaan. Dua kali berturut-turut kami mendahului 1-0 dan dua kali juga kami gagal membawa pulang apa-apa (kemenangan).

"Kami memperoleh beberapa peluang yang baik tetapi membenarkan Switzerland bangkit dalam separuh masa kedua.Kami terlalu banyak kehilangan bola dan keputusan seri ini amat wajar.

Iklan

"Sesetengah pemain tidak berada dalam rentak kejohanan, sesetengah yang lain tidak beraksi. Pasukan lawan tiada apa untuk disesali dalam babak kedua, mereka memberikan segala-galanya," katanya.

Dalam perlawanan itu, Ilkay Gundogan memberikan Jerman gol pendahuluan pada minit ke-14 tetapi beberapa peluang yang dibazirkan menyaksikan kelebihan itu dipadamkan Silvan Widmer menerusi gol penyamaan dalam babak kedua.

Iklan

Dalam pada itu, pemain tengah Jerman, Toni Kroos, turut bersetuju dengan kenyataan jurulatihnya itu dengan berkata:"Apabila ada enam mata untuk direbut dan kami hanya mengambil dua daripadanya, benar, ia mengecewakan.

"Malangnya, ia senario yang hampir sama seperti ketika menentang Sepanyol.Kami perlu berusaha untuk mencari penyelesaian apabila lawan bermain dengan amat tinggi.

"Kami memerlukan pemain yang mahukan bola walaupun ketika kami berada dalam tekanan," katanya.