Replika gergasi T-Rex hadiah untuk isteri

Iklan
Replika T-Rex yang ditempatkan di taman rumah Adrian.- Foto Metro

LEAMINGTON SPA - Seorang suami memberi kejutan menghadiahkan isterinya sebuah replika dinosaur T-Rex gergasi sebagai perhiasan di taman rumahnya di Leamington Spa, England.

Bagaimanapun Adrian, 52, kecewa kerana isterinya, Deborah, 53, takut melihat dinosaur tersebut pada waktu malam, lapor Metro.

Iklan
Iklan

Adrian membeli replika dinosaur setinggi 3.6 meter dengan harga £1,600 (RM7,467).

Proses perpindahan replika ke rumah Adrian menggunakan kren berikutan saiz besar dan berat.

Iklan
Replika T-Rex diangkat menggunakan kren. - Foto Metro

Penganalisis internet itu menjelaskan, projek tersebut bagi merealisasikan permintaan isteri supaya taman kelihatan cantik.

"Dia meminta saya membersihkan rumput liar dan saya berfikir lebih bagus taman ini ada seekor dinosaur sekali gus unik dan luar biasa. Lagipun dia gemar menonton filem Jurassic Park.

Iklan

"Saya sangat gembira kerana dapat merealisasikan impian itu. Jiran-jiran menyukainya dan mengambil banyak gambar, saya fikir idea ini hebat," katanya.

Bagaimanapun idea itu tidak seperti dirancang kerana replika itu menggerunkan ketika waktu malam.