Now Playing World #QuranHour pecutan terakhir 1 hari lagi

ASSALAMUALAIKUM WBT sahabat yang dimuliakan kerana ALLAH,
SAYA ingin menyeru agar bersama-sama kita mengangkat al-Quran menjadi tali penyatuan hati kita.
Tinggal 1 hari lagi sebelum seluruh dunia bergabung selama 1 jam , Baca & Berinteraksi dengan al-Quran sebagai sebuah permulaan ke arah kerangka fikir al-Quran dan akhlak Muslim sejati.
Selama 3 tahun pelaksanaan WQH, kami menyaksikan upaya ini mengalami 'organic growth' dan diterima baik oleh semua.  
7 Jun ini sama-sama kita gemakan kalam ILLAHI,  dari Malaysia ke seluruh dunia bermula jam 12 tengahari hingga 1 petang.
Kepada semua yang ingin bersama, boleh buka surah al-Hujurat, ikuti live di Astro Oasis atau pilih perkara berikut:
1.  Datang ke Lokasi Perdana di UIAM Gombak atau bersama di lokasi utama setiap negeri (check FB: World #QuranHour) ATAU
2. Buat di lokasi masing-masing, dipejabat atau rumah ATAU
3. Berhenti sekejap sekiranya dalam perjalanan
Gerakkan gelombang 1 jam berinteraksi dengan al-Quran di seluruh dunia.
Hantar gambar ke media sosial dan taip: World #QuranHour.
Semoga menjadi semangat kita bersama. A Nation of Compassion.
Terima kasih.


Hussamuddin Hj Yaacub
Kumpulan Media Karangfkraf

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf