KUANTAN - Seorang Presiden Badan Bukan Kerajaan (NGO) bergelar Datuk direman tiga hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan projek perlombogan bauksit yang tidak wujud  berjumlah kira-kira RM 100,000.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 40-an itu dikeluarkan Majistret, Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman selepas membenarkan permohonan Polis Diraja Malaysia.

Turut direman tiga hari ialah dipercayai rakan suspek iaitu seorang lelaki berusia 30-an.

Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuantan, kira-kira 9.30 malam semalam.

Perintah reman dilakukan mengikut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Kedua-dua mereka tiba di mahkamah kira-kira 9 pagi dengan memakai pakaian t-shirt berkolar hitam dan kemeja coklat diiringi anggota polis dari IPK Negeri Pahang.