Petrol RON95, RON97 turun 1 sen, diesel kekal

Petrol RON95 dan RON97. -Foto Bernama
Petrol RON95 dan RON97. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun satu sen, manakala diesel tidak berubah bagi tempoh 5 hingga 11 September.

Menurut Kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan kepada harga mingguan runcit bagi produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baru seliter bagi RON95 ialah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.78)

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya kenyataan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: