BN menang, Ramli cipta sejarah Orang Asli jadi MP

No Image Caption
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Calon BN, Ramli Mohd Nor mencipta sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen susulan kemenangannya dalam PRK Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.

Bekas pegawai tinggi polis dari suku kaum Semai itu memperoleh 12,038 undi daripada 89 saluran.

Kejayaan itu menyaksikan beliau menumpaskan tiga calon lain iaitu M Manogaran (PH) 8,800 undi; Sallehudin Ab Talib (Bebas) 314 undi dan Wong Seng Yee (Bebas) 276 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis di Dewan Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, jam 8.30 malam.

Dalam pada itu, sebanyak 568 kertas undi ditolak dan 23 kertas undi tidak dikembalikan.

Ramli bersama kepimpinan BN selepas diumumkan kemenangan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands sebentar tadi.
Ramli bersama kepimpinan BN selepas diumumkan kemenangan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands sebentar tadi.

Pilihan raya itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam PRU14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Ini juga merupakan kemenangan pertama BN dalam lima PRK yang diadakan selepas PRU14.

Artikel Berkaitan:

BN tewas dalam empat PRK sebelum ini iaitu Dun Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor serta PRK Parlimen Port Dickson.

AKAN MENYUSUL