Pakai baju logo parti: Bersih desak SPR buat laporan polis

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bersih mendesak supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis terhadap calon PH, M. Manogaran kerana didapati melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan memakai baju berlogo parti ketika hadir di salah sebuah pusat mengundi para PRK Cameron Highlands, hari ini.

Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan berkata, meskipun M Manogaran telah membuat permohonan maaf, namun tindakan perlu diambil kerana beliau jelas melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Kita mengambil maklum dengan permohonan maaf yang dikemukakan, namun alasan tergesa-gesa (memakai baju berlogo parti) tetap tidak boleh diterima memandangkan beliau berpengalaman (menjadi calon) serta tugasnya sebagai peguam.

“Selaku orang pertama yang menyaksikan kesalahan ini, kita desak supaya SPR mengambil tindakan dengan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Bersih juga ingin merakam penghargaan kepada petugas SPR kerana segera menyedari kesalahan yang dilakukan M.Manogaran dengan tidak membenarkan beliau memasuki kawasan pusat mengundi,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, memakai baju berlogo parti dalam jarak 50 meter dari pusta mengundi adalah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26(1) (g) yang boleh membawa hukuma penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Bersih juga akan mengeluarkan laporan komprehensif mengenai PRK Cameon Highlands dalam tempoh seminggu sebaik sahaja semua pusat mengundi di tutup hari ini.

“Selain memberi penekanan tehadap kesalahan yang dilakukan calon, kita juga akan membuat beberapa cadangan tentang bagaiman cara untuk memastikan pilihan raya yang lebih bersih dan adil pada masa akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan: