Rusia tawar jadi orang tengah

Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden dan tindakannya mendapat 'restu' AS.
Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden dan tindakannya mendapat 'restu' AS.
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Rusia menyatakan kesudian untuk menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara kerajaan Venezuela dan pihak pembangkang di tengah-tengah krisis politik yang melanda negara Amerika Latin itu.

Pengarah Jabatan Amerika Latin di Kementerian Luar Rusia, Alexander Shchetinin membuat tawaran itu semalam.

Shchetinin berkata, Moscow bersedia untuk bekerjasama dengan pemain antarabangsa dan menggunakan kapasitinya bagi memastikan rundingan diwujudkan antara pihak bertelagah di Venezuela.

Venezuela dilanda krisis politik apabila pemimpin pembangkang, Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden negara berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kemarahan Presiden Nicolas Maduro apabila mengiktiraf Guaido sebagai pemimpin sah dan menggesa negara lain mengikut jejaknya.

Susulan itu, Maduro bertindak memutuskan hubungan diplomatik negaranya dengan AS. - Agensi

Artikel Berkaitan: