Isu-isu PH mereka buat tak nampak pula

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar sikap pilih kasih Bersih dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila tidak mengambil tindakan terhadap PH yang secara terang-terangan melakukan kesalahan pada PRK Cameron Highlands.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ia berbeza dengan apa yang dialami beliau pada PRK Sungai Kandis Ogos lalu, apabila Bersih dan SPR membuat laporan polis terhadapnya kerana memuat naik kenyataan di Facebook pada hari pengundian.

“Saya buat FB posting pun salah, siap di buat sidang akhbar oleh mereka dan bergambar di luar balai polis. Berita itu disiarkan disemua media-media di bawah kawalan mereka.

“Yalah tu. Isu-isu PH mereka buat tak nampak pula.

“PH bayar duit minyak kepada pengundi, salah guna aset kerajaan, papan tanda dinaikkan, hamper diberi secara senyap-senyap tengah malam kepada Orang Asli, Timbalan Menteri DAP menceroboh masuk kereta calon BN untuk rampas telefon bimbit, pemimpin PH ugut Orang Asli dan calon DAP terang-terang melanggar akta SPR di pusat mengundi.

“Yang di atas, mereka tak mahu buat sidang akhbar dan lapor polis, ke?,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Menerusi kenyataan sama, Najib turut menyindir PH agar tidak terlalu memperlihatkan seperti mengamalkan undang-undang hutan atau ‘Rule of Jungle’, meskipun masih terdapat banyak kawasan hutan di Cameron Highlands.

“Kami memandang (dengan mata sebelah tutup) perkara-perkara ini dengan serious,” katanya.

Artikel Berkaitan: