PRK Slim: Calon Bebas boleh cipta kejutan

Amir Khusyairi mendengar penerangan yang sampaikan ketika melawat Pusat Media PRK DUN Slim hari ini.
Amir Khusyairi mendengar penerangan yang sampaikan ketika melawat Pusat Media PRK DUN Slim hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Calon Bebas memberi isyarat bahawa pihaknya bakal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut.

Calon, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi berkata, ia berdasarkan kepada penerimaan masyarakat termasuk di kubu kuat BN pada sesi ‘walkabout’ yang dijalankan sepanjang tempoh berkempen setakat ini.

“Saya terkejut kalau melihat pada data memang 57 peratus pengundi terutama di Felda yang cenderung kepada wakil rakyat sebelum ini, apabila ‘walkabout’ yang kami buat beberapa siri sebelum ini, kami agak terkejut sebab penerimaan mereka agak berbeza. Saya nampak kecenderungan pengundi yang berminat melakukan perubahan sehingga ada menyatakan mereka memilih mengikut kredibiliti calon.

“Setakat ini kami diterima baik di mana-mana termasuk Trolak Utara dan Selatan, Besout, Changkat Sulaiman dan semuanya. Saya sangat bersemangat dan saya percaya ada satu kejutan pada PRK ini,” katanya selepas berkunjung ke Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) Tanjung Malim, Slim River di sini hari ini.

Amir Khusyairi berkata, pihaknya telah merangka strategi bagi mendekati pengundi-pengundi meskipun perang poster belum dimulakan.

"Persediaan memang sudah lengkap cuma kami melihat waktu yang tepat untuk memasang poster dan sebagainya.

"Jentera dari seluruh negara pun sudah berada di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Fasa pertama lawatan setiap PDM hampir lengkap tinggal dua atau tiga PDM lagi," katanya.

Artikel Berkaitan: