X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa durjana rogol anak dijel 36 tahun, 30 sebatan

Tertuduh diiringi polis polis sewaktu hadir di Mahkamah Sesyen Besut, hari ini.
A
A

BESUT- Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 30 sebatan di Mahkamah Sesyen Besut, hari ini setelah didapati bersalah merogol anak kandungnya sendiri yang berumur 10 tahun, tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 51 tahun itu disabitkan atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa merogol anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun antara pertengahan Januari 2017, kira-kira jam satu pagi di sebuah rumah di Chalok, Setiu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan kesalahan sama pada akhir bulan Januari 2018, kira-kira jam 11 malam dan pertengahan April 2018, kira-kira jam 10 malam juga di lokasi yang sama.

Hakim Wan Azimah Yaakob kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua serta mengarahkan hukuman berjalan secara berasingan.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan, bagaimanapun hukuman berjalan serentak dengan pertuduhan pertama dan kedua.

Mahkamah turut membenarkan penangguhan hukuman untuk pihak pembelaan memfailkan rayuan di mahkamah tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa.