Guru besar SK Tandop Besar maut kemalangan

Anggota bomba sedang membawa naik kereta yang dipandu Mohamad Noor yang terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama,Tandop di sini hari ini.
Anggota bomba sedang membawa naik kereta yang dipandu Mohamad Noor yang terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama,Tandop di sini hari ini.
A
A
A

JITRA - Guru besar Sekolah Kebangsaan Tandop Besar, Kuala Nerang maut selepas kenderaannya terbabas ke dalam sungai kira-kira jam 7 pagi tadi.

Kejadian yang berlaku di Kampung Lama Tandop itu mengakibatkan mangsa, Mohamad Noor Ismail, 57, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kemalangan disedari orang ramai yang melalui kawasan berkenaan dan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang tinggal di Taman Seri Aman di sini memandu dari arah Bandar Darulaman dan menghala ke Malau.

"Apabila sampai di lokasi kejadian mangsa disyaki hilang kawalan lalu terlanggar penghadang jalan yang menyebabkan keretanya terjatuh ke dalam sungai," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kenderaan mangsa dapat dikeluarkan dari sungai dengan bantuan anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat Jitra.

"Kenderaan mangsa rosak teruk. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: