Mas kahwin dalam bentuk Google Adsense

Candra menyerahkan mas kahwin RM418 dalam bentuk Google Adsense kepada isterinya. - Foto: Agensi
Candra menyerahkan mas kahwin RM418 dalam bentuk Google Adsense kepada isterinya. - Foto: Agensi
A
A
A

KEDIRI - Pasangan mempelai di Jawa Timur, Indonesia tular gara-gara suaminya memberikan hantaran kahwin dalam bentuk Google Adsense yang merupakan program pengiklanan yang dijalankan oleh Google dan hosting tanpa had.

Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 2 Ogos lalu menyaksikan Candra Bi menyerahkan mas kahwin Google Adsense bernilai AS$100 (RM418) kepada isterinya, Mufida.

Menurut Chandra, dia mendapatkan Google Adsense itu menerusi aktiviti menulis blog.

"Blogging sudah menjadi aktiviti kegemaran saya. Saya sudah banyak berkorban untuk menjadi blogger," katanya selepas selesai diijabkabulkan dalam majlis di Dusun Ngetrep, Desa Sekaran, Kecamatan Kayen Kidul di Kabupaten Kendiri.

Dia juga berhasrat untuk mengajak Mufida terlibat dalam dunia blog.

"Ini nazar saya untuk mengajar ilmu blogging kepadanya. Ia bukan mudah kerana memerlukan masa untuk menjadi seperti saya," ujar Candra yang meletakkan sasaran untuk memastikan isterinya yang juga seorang guru menjadi seorang blogger dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menurutnya, pekerjaannya sebagai blogger dan niatnya untuk menurunkan ilmu kepada isterinya turut mendapat persetujuan keluarga mertuanya.

"Saya berharap mas kahwin dan nazar saya ini dapat memberi manfaat kepada isteri saya dan kemudiannya ilmu tersebut diturunkan kepada murid-muridnya," tambahnya lagi yang kini sedang berjinak-jinak menjadi seorang Youtuber. - Agensi

Artikel Berkaitan: