Kenapa Anwar nak kisah pasal saya?

Gambar yang dikongsikan Najib di laman Facebook miliknya, hari ini.
Gambar yang dikongsikan Najib di laman Facebook miliknya, hari ini.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kehadirannya berkempen di PRK Cameron Highlands.

Katanya, itu merupakan hak beliau untuk berkempen atas permintaan rakyat.

"Kenapa Anwar nak kisah dekat saya? Ini hak saya sebagai pemimpin dan saya turun ini kerana permintaan orang tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar kurang senang Najib turun Cameron Highlands

"Menteri Besar Pahang juga memaklumkan kepada saya tempat-tempat yang orang tempatan minta datang. Ada yang hantar WhatsApp kepada saya secara peribadi," katanya kepada media selepas mengadakan walkabout di Ringlet, di sini, hari ini.

Semalam, Anwar dalam Ceramah Perdana PH berkata, beliau tidak dapat menerima Najib datang ke Cameron Highlands berjumpa rakyat seolah-olah tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau tidak akan pergi ke tempat yang tiada permintaan.

"Misalnya, saya pergi Pos Betau tadi atas kehendak Orang Asli yang mahu saya datang lagi.

Artikel Berkaitan:

Jadi, saya tak pergi tempat yang orang tak nak saya pergi.

"Dalam sistem demokrasi Parlimen secara terbuka sesiapa ada hak untuk berkempen,

tiada apa-apa masalah. Biar rakyat menentukan siapa pilihan mereka," katanya.