Venezuela putus hubungan diplomatik dengan AS

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengumumkan beliau memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Donald Trump mengiktiraf pemimpin pembangkang Juan Guaido sebagai “presiden interim” negara Amerika Latin itu.

“Saya membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dan politik dengan kerajaan penjajah AS,” kata Maduro kepada ribuan penyokongnya di Caracas, semalam.

Maduro turut memberikan delegasi kedutaan AS 72 jam untuk meninggalkan negara itu.

Guaido, ketua pembangkang mencetuskan kontroversi pada Rabu selepas memberitahu ribuan penyokongnya yang beliau mengisytiharkan dirinya sebagai “pemangku presiden.”

Trump adalah pemimpin asing pertama yang menyatakan sokongan kepada Guaido, menyifatkan Dewan Negara sebagai “satu-satunya cabang kerajaan yang sah yang dipilih rakyat Venezuela.”

Bercakap daripada balkoni istana presiden di Caracas, Maduro menuduh kerajaan AS cuba melakukan rampasan kuasa.

Beliau menggesa agensi kerajaan Venezuela untuk bersatu demi demokrasi dan mengulangi desakan kesetiaan pasukan tentera. - AFP

Artikel Berkaitan: