Seorang maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat

Keadaan rumah berkenaan di Jalan Asahan 3, Seksyen 26/27C, Taman Bukit Saga yang terbakar awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Selangor
Keadaan rumah berkenaan di Jalan Asahan 3, Seksyen 26/27C, Taman Bukit Saga yang terbakar awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Asahan 3, Seksyen 26/27C, Taman Bukit Saga, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.29 pagi dan sepasukan anggota yang dikerahkan tiba di lokasi berkenaan 13 minit kemudian.

Beliau berkata, sewaktu tiba di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat kelas A berkeluasan 30x70 kaki persegi.

"Difahamkan terdapat tiga orang mangsa di dalam rumah sewaktu kebakaran di mana seorang daripadanya ditemui meninggal dunia.

"Seorang lagi ditemui dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Hafisham, pihaknya masih giat mengesan seorang lagi mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan BBP Kota Anggerik digerakkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat," katanya.

Artikel Berkaitan: