Raja Arab Saudi masuk hospital

Raja Salman bin Abdulaziz mengalami keradangan pada pundi hempedu.
Raja Salman bin Abdulaziz mengalami keradangan pada pundi hempedu.
A
A
A

RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dimasukkan ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan awal hari ini, lapor satu kenyataan.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh Saudi Press Agency (SPA), pemerintah negara itu dirawat kerana baginda mengalami keradangan pada pundi hempedu.

Agensi berita Bloomberg pula melaporkan, raja berusia 84 tahun itu menjalani rawatan di Hospital Pakar Sultan Faisal dan tiada perkembangan lanjut tentang keadaan baginda setakat ini.

Sebelum ini, pemerintah Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Sabah, 91, dimasukkan ke sebuah hospital pada Sabtu lalu kerana menjalani pemeriksaan perubatan dan satu pembedahan, lapor Agensi Berita Kuwait.

Raja Salman pernah berkhidmat sebagai putera mahkota selama lebih dua tahun dan timbalan perdana menteri sebelum menjadi pemerintah Arab Saudi. - Agensi

Artikel Berkaitan: