Warganet buka akaun Kementerian Hal Ehwal Najib

Paparan skrin Twitter Kementerian Hal Ehwal Najib.
Paparan skrin Twitter Kementerian Hal Ehwal Najib.
A
A
A

SHAH ALAM - Saranan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis mencadangkan supaya veteran DAP, Lim Kit Siang, memohon jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Najib disambut warganet apabila satu akaun Kementerian Hal Ehwal Najib dibuka di laman mikro Twitter.

Laman yang menggunakan logo Jata Negara itu dibuka oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @monamalaysia yang memuat naik pelbagai ciapan yang bertujuan untuk melakukan ‘troll’ terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.

Sebelum ini Najib mencadangkan supaya jawatan itu diwujudkan ekoran Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilihat terlalu obses apabila membuat kenyataan berunsur serangan ke atas beliau menerusi akaun Facebook miliknya sekurang-kurangnya sekali dalam sehari .

“Nampaknya, uncle ini masih tidak dapat mengawal obsesi dia terhadap saya.

Saya rasa ianya lebih baik jika Kit Siang terus minta untuk dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Najib.

"Bolehlah dapat kereta rasmi, gaji dan elaun Menteri. Malu apa?,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: