Pelakon terkenal Jepun Haruma Miura meninggal dunia

Pelakon Haruma Miura meninggal dunia semalam.
Pelakon Haruma Miura meninggal dunia semalam.
A
A
A

PELAKON terkenal Jepun, Haruma Miura dilaporkan meninggal dunia pada usia 30 tahun di Tokyo.

Lapor The Japan Times, pelakon yang popular filem 'Koizora' ditemui dalam keadaan tergantung di rumahnya pada jam 1 tengah hari semalam.

Pihak polis Tokyo, berkata, Miura telah dihantar ke hospital, namun malangnya dia gagal diselamatkan.

Kejadian itu terbongkar kerana Miura dijadualkan untuk berjumpa dengan seseorang untuk urusan kerja, namun tidak muncul.

Sumber juga mengatakan bahawa terdapat nota bunuh diri yang ditemui di rumahnya.

Miura pernah tampil dalam drama bersiri televisyen seperti 'Bloody Monday', 'Last Cinderella' dan 'Gokusen' serta filem termasuk 'Koizora', 'Eien no Zero' dan 'Attack on Titan'.

Mendiang di bawah agensi Amuse Inc memulakan dunia lakonan dalam drama Agri pada usia tujuh tahun sebelum memegang watak penting dalam filem seperti 'Koizora' (2007) dan 'Kimi ni Todoke' (2010).

Pada tahun 2015, Miura menerima penghargaan dalam 'The Eternal Zero', sebuah filem pada tahun 2013 berdasarkan sejarah peribadi seorang juruterbang tempur perang.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata peminat Miura terkejut dengan berita pemergian pelakon tersebut hingga trending teratas Twitter.