AJK, bekas YDP Pas antara pemimpin sertai Amanah

Mahfuz menyampaikan sijil keahlian kepada Mohamad Aris pada Konvensyen Tahunan Kali ke-3 Amanah Perak, hari ini.
Mahfuz menyampaikan sijil keahlian kepada Mohamad Aris pada Konvensyen Tahunan Kali ke-3 Amanah Perak, hari ini.
A
A
A
IPOH - Enam bekas pemimpin Pas Perak diumumkan menyertai Amanah pada Konvensyen Tahunan Kali ke-3 Amanah Perak di sini, hari ini.

Pemimpin berkenaan termasuklah bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Perak bagi sesi 2017/2019, Muhammad KY Tiang Abdullah; bekas Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas sesi 2018, Sum Cheok Leng dan bekas AJK Dewan Ulama Pas Perak, Uzair Abd Aziz.

Sementara itu, dua bekas Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan iaitu bekas YDP Pas Kawasan Ipoh Barat, Md Daud Jaafar dan bekas YDP Pas Kawasan Bagan Datuk, Mohamad Aris Bakri juga menyertai parti itu.

Sementara itu, seorang lagi pimpinan di peringkat kawasan iaitu bekas Setiausaha Pas Kawasan Ipoh Barat, Azmi Mohamed Nizar turut menyertai Amanah.

Majlis penyampaian sijil keahlian disempurnakan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sambil disaksikan Pengerusi Pas Perak, Asmuni Awi dan Setiausaha Pas Perak, Salman Salleh.
Artikel Berkaitan: