Pengguna TikTok, peminat K-pop sabotaj kempen Trump

Pengguna TikTok dikenali sebagai Mary Jo Laupp didakwa melancarkan kempen untuk mensabotaj Trump pada minggu lalu. - Foto Agensi
Pengguna TikTok dikenali sebagai Mary Jo Laupp didakwa melancarkan kempen untuk mensabotaj Trump pada minggu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Pengguna aplikasi video pendek, TikTok dan peminat muzik K-pop didakwa mensabotaj perhimpunan kempen pilihan raya pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di kubu kuat beliau di Oklahoma yang hanya dihadiri kira-kira 6,200 penyokong pemimpin itu pada Sabtu lalu.

Menurut pengguna platform media sosial terbabit, mereka sengaja mendaftar untuk menyertai acara itu, namun tidak hadirkan diri pada hari tersebut.

Terdahulu, pengurus kempen itu, Brad Parscale mendakwa kononnya mereka menerima lebih sejuta pendaftaran.

Bagaimanapun, arena Bank of Oklahoma Centre di Tulsa yang boleh memuatkan 19,000 individu dalam satu masa lengang dan Trump bersama Naib Presiden, Mike Pence juga terpaksa membatalkan acara untuk berucap di luar dewan terbabit kerana sambutan yang kurang memberangsangkan.

Minggu lalu, CNN melaporkan video TikTok dimuat naik pengguna Mary Jo Laupp dengan menggunakan hashtag #TikTokGrandma melancarkan kempen sabotaj Trump tersebut dan turut mendapat lebih 712,000 like. - Agensi

Artikel Berkaitan: