Warisan perlu tunjuk bukti: Ronald

Ronald (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran logo MADA pada lawatan kerja ke Mada di Ibu Pejabat Mada, Ampang Jajar di sini hari ini.
Ronald (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran logo MADA pada lawatan kerja ke Mada di Ibu Pejabat Mada, Ampang Jajar di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Parti Warisan Sabah (Warisan) perlu menunjukkan bukti berhubung dakwaan wujudnya usaha 'melobi' dalam kalangan wakil rakyat mereka untuk keluar daripada parti berkenaan.

Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Warisan tidak seharusnya membuat tuduhan itu tanpa bukti.

"Saya setuju dengan apa diperkatakan Datuk Seri Bung Moktar (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin). Jikalau Warisan ada bukti atau apapun, maka keluarkan bukti sahaja.

"Jika tiada bukti, tidak payah buat tuduhan yang mengatakan ada pihak cuba 'melobi' wakil rakyat mereka," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Ibu Pejabat Mada, Ampang Jajar di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Bung Moktar yang menafikan dakwaan Warisan bahawa ada usaha 'melobi' dalam kalangan wakil rakyat mereka untuk keluar parti.

Dalam satu portal, Bung Moktar dipetik berkata, beliau menempelak dakwaan Warisan mengenai wujudnya usaha 'melobi' dalam kalangan wakil rakyat mereka untuk keluar parti.

Beliau berkata, sebaliknya parti pemerintah kerajaan negeri itu dilabelkan 'talk rubbish' kerana tidak menyedari wakil rakyat mereka sudah mulai bosan dengan hala tuju tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Bung Moktar berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengerusi Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kenyataan medianya baru-baru ini yang mendedahkan wujudnya cubaan 'melobi' wakil rakyat dari kalangan parti pemerintah negeri supaya menyertai blok pembangkang.

Artikel Berkaitan: