Reaksi teruja pemain bola keranjang apabila masjid kembali dibuka

Paparan Instagram Musa tular di laman sosial.
Paparan Instagram Musa tular di laman sosial.
A
A
A

DOHA - Reaksi spontan pemain bola keranjang kelahiran Amerika Syarikat yang kini bermain untuk team Al Wakrah Qatar, Musa Abdul Aleem teruja apabila kali pertama mendengar iqamah di sebuah masjid yang kembali dibuka di sini.

Keterujaannya itu dikongsi menerusi video di Instagram @pullup4success_1 miliknya hingga menarik perhatian ramai dan tular di laman sosial.

Musa dilihat berlari kegembiraan semasa mendengar suara iqamah.

"Masjid dibuka! Saya fikir saya mendengar iqamah. Masjid dibuka! Masjid dibuka! Ya!," katanya sambil menuju ke masjid berkenaan.

Semasa mendengar iqamah itu, beliau berada di rumah untuk menunaikan solat Maghrib.

"Semua orang ingin tahu kenapa saya lari dan bergegas lari menuju masjid saat mendengar iqamah.

"Ketika saya mendengar azan, saya bersiap untuk solat maghrib, di rumah.

"Namun tiba-tiba mendengar iqamah dari masjid dan betapa gembiranya saya saat itu. Saya terus berlari menuju masjid dan melaksanakan solat di sana," jelas rasa tenang.

Artikel Berkaitan:

Sedia maklum, sebelum ini masjid di Qatar telah ditutup sejak pertengahan bulan Mac akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Kemudian pada 15 Jun, sebanyak 500 masjid dibuka bagi menunaikan solat lima waktu (kecuali untuk solat Jumaat).