Polis berkas 12 ahli sindiket tipu pelaburan saham, Forex

Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Mutiara Damansara hari ini.
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Mutiara Damansara hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham dan Forex melalui penahanan 12 individu termasuk enam wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Mutiara Damansara hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sindiket berkenaan menyasarkan warga China sebagai mangsa.

"Modus operandi kumpulan ini adalah menjerat mangsa supaya melabur dengan nilai tinggi dan dipercayai mereka mengaut keuntungan sebanyak RM200,000 sehari melalui pelaburan tersebut.

"Mereka akan membuat video secara langsung menerusi Facebook untuk menarik minat mangsa melabur di platform saham dan Forex yang disediakan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, pada permulaan mangsa akan diberi keuntungan, namun selepas mangsa yakin dan melabur dengan nilai yang tinggi, pasaran berkenaan akan jatuh dan mangsa kerugian.

"Siasatan awal mendapati semua individu ditahan ialah pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM11,000 sebulan bagi menguruskan pelaburan berkenaan.

"Kesemua individu berkenaan dikesan masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong," katanya.

Katanya, kesemua individu berkenaan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: