X

Kindly register in order to view this article
!

Pelajar lemas mandi air terjun

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
A
A

HULU TERENGGANU - Keseronokan 18 sekeluarga bermandi-manda di Air Terjun Kampung Belukar Bukit Kuala Berang di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas.

Mayat Muhammad Affizie Irffanshah Mazita @ Jamal, 14, dari Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, Kuala Nerus ditemui dua anggota bomba penyelamat pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa sekeluarga dikatakan tiba di lokasi kira-kira jam 10 pagi dengan menaiki empat buah kereta.

"Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Zainal Abidin, Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus itu terjun dan berenang bersendirian di lokasi pada jam 10.45 pagi.

"Beberapa minit kemudian, bapa saudara mangsa, Hairizan Al Bukhari, 47, ternampak mangsa terkapai-kapai meminta tolong sebelum terjun untuk membantu tetapi gagal," katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Menurut Mohd Adli, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!