X

Kindly register in order to view this article
!

Bunuh isteri kerana cemburu

Anggota forensik sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian. Gambar kecil: Nor Begum
A
A

PASIR PUTEH - [DIKEMASKINI] Seorang wanita warga Myanmar maut ditikam suami sendiri dipercayai akibat cemburu buta dalam kejadian di Kampung Gong Garu di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi mangsa, Nor Begum Dil Mohamad, 28, berbangsa Rohingya itu maut akibat kecederaan parah selepas ditikam sebanyak dua kali oleh suaminya, Husin Hamit Husson, 32, menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Bagaimanapun, lelaki warga Myanmar yang juga berbangsa Rohingya itu berjaya dicekup polis di Kota Bharu pada jam 3 petang tadi ketika cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.30 pagi.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di samping anak lelakinya.
Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di samping anak lelakinya.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan dua tikaman pada tubuh badan mangsa.

"Kita turut menemui kesan kelar pada pada bahagian badan dan tangan mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum kejadian pasangan suami isteri itu dipercayai telah bertengkar.

Katanya, bukan itu sahaja menurut maklumat jiran kedua-dua mereka ini kerap bertengkar.

Syeed Azim Moktul Hossain, 42, suami kepada Mainun menunjukkan kawasan di mana mangsa ditemui ditikam.
Syeed Azim Moktul Hossain, 42, suami kepada Mainun menunjukkan kawasan di mana mangsa ditemui ditikam.

"Punca utama kes ini masih lagi dalam siasatan. Kes ini kita siasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, jiran mangsa, Maimun Chik, 47, berkata, sebelum kejadian dia ada terdengar pasangan suami isteri itu sedang bergaduh.

"Ketika itu saya berada di bahagian dapur. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan tangisan kuat anak mangsa dan terus berlari keluar.

"Sejurus tiba, saya dapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di hadapan rumah saya," katanya.

Maimun Chik, 47
Maimun Chik, 47

Maimun berkata, dia terus menghubungi suaminya untuk memaklumkan perkara tersebut sambil meminta pertolongan.

Katanya, pasangan suami isteri itu baharu sahaja menetap di kawasan berkenaan sejak dua bulan lalu selepas menyewa sebuah rumah kayu di belakang rumahnya dan mempunyai dua anak lelaki berusia tiga dan empat tahun.