Lelaki maut kereta dipandu rempuh tiang elektrik

Keadaan kemalangan di lokasi kejadian.
Keadaan kemalangan di lokasi kejadian.
A
A
A

NILAI - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandu rempuh tiang elektrik di Jalan Salak-Nilai, berhampiran sebuah sekolah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa, B Gomathan, 32 mengalami kecederaan parah di kepala serta badan.

“Mangsa memandu Perodua Myvi bersendirian dari arah Salak Tinggi menuju Nilai. Bagaimana pun sebaik tiba di lokasi kenderaannya terbabas lalu melanggar tiang elektrik di bahu jalan bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa maut di lokasi susulan kecederaan parah yang dialaminya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Nor Marzukee berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ja’afar (HTJ) Seremban untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: