Bebola ubi keledek Cameron Highlands ada jual di Perak

Paparan Twitter @MakBunga3 menjual bebola keledek curi perhatian ramai.
Paparan Twitter @MakBunga3 menjual bebola keledek curi perhatian ramai.
A
A
A

IPOH - Bebola ubi keledek sejuk beku yang terkenal di pusat peranginan Cameron Highlands kini boleh diperoleh di Ipoh, Perak.

Perniagaan secara kecil-kecilan itu telah diusahakan oleh pemilik akaun Twitter, @MakBunga3 dengan menawarkan harga serendah 46 sen sebiji.

Menurutnya, buat masa ini, pembayaran tunai semasa serahan (COD) di beberapa lokasi seperti Batu Gajah, Tronoh, Seri Iskandar dan Bota.

"Bagi mereka berminat boleh dapatkannya kerana keenakan bebola ubi keledek ini tiada tandingan.

"Satu bekas berharga RM15 dan terdapat 32 biji bebola di dalamnya," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, bekalan produk tersebut diperoleh di sebuah kedai di Brinchang, Cameron Highlands.

"Saya adalah salah seorang agen bebola keledek ni untuk Perak Tengah.

"Buat masa ini sambutan amat menggalakkan kerana orang ramai pernah merasai keenakan bebola ini dan mengenalinya. Jadi, lebih mudah untuk menjualnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, tular ciapan @MakBunga3 menguar-uarkan perniagaannya di laman sosial.

Rata-rata netizen teruja dan gembira kerana produk tersebut sudah menembusi pasaran di Ipoh.

Ada juga memberitahu, tidak perlu menghabiskan waktu pergi ke Cameron Highlands semata-mata mahu menikmati bebola ubi keledek.