27 jam sesat dalam hutan

Tiga mangsa ditemui selamat selepas lebih 27 jam di hutan.
Tiga mangsa ditemui selamat selepas lebih 27 jam di hutan.
A
A
A

GUA MUSANG - Hasrat tiga rakan yang mahu mencari sumber hutan di kawasan Kampung Bukit Meranto, di sini, tidak kesampaian apabila mereka sesat di hutan.

Mangsa Mohd Hasbi Sibaweh, 61, dari Johor Bahru, Mohd Zain Mat Nor, 50, dari Pasir Mas, dan Mohd Zaulraini Mohamed, 50, beralamat di Johor, ditemui dalam keadaan lemah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBPM) daerah, Penolong Penguasa Bomba, Anuar Abas berkata, mereka bertiga memulakan perjalanan ke bukit berkenaan pada jam 11 pagi, semalam.

Katanya, mereka ditemui pada jam 2.38 petang tadi dalam keadaan selamat namun tidak bermaya.

"Tujuan utama mereka adalah untuk mencari bunga serai dan batu serta kayu yang bernilai di kawasan terbabit.

"Kita menerima panggilan pada jam 10.45 pagi dan gerakan mencari serta menyelamat mangsa dilakukan dengan bantuan penduduk kampung, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan PDRM.

"Gerakan dipecahkan kepada dua kumpulan dan pencarian dilakukan dari atas bukit menuju ke bawah. Operasi dilakukan empat anggota bomba, dua Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Bertam, empat anggota APM, empat PDRM dan lima penduduk kampung," katanya.

Difahamkan, mereka bertiga mempunyai kenalan di Kampung Meranto namun tidak dapat mengikuti mangsa kerana uzur.

Artikel Berkaitan: