X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

'Persatuan bola sepak negeri jangan buat SOP sendiri'

Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Perdana Putra hari ini.-Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Semua persatuan bola sepak negeri diminta tidak mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) sendiri bagi mengelakkan percanggahan SOP yang akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara sedemikian adalah salah dari segi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Saya minta persatuan-persatuan bola sepak negeri jangan keluarkan kebenaran-kebenaran sendiri sebab setiap keputusan untuk liga bola sepak termasuk latihan dan sebagainya akan ditentukan oleh MKN di peringkat Pusat,“ katanya pada sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah portal berita sukan melaporkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan memulakan sesi latihan mengikut SOP PKPB bermula 9 Jun.

Difahamkan seramai 35 hingga 40 pemain dan pegawai daripada saingan Liga Super akan menjalani ujian pengesanan koronavirus (Covid-19) sebelum skuad ‘Gergasi Merah’ itu kembali ke padang untuk menjalani latihan luar norma kebiasaan selepas berehat hampir tiga bulan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!