Bersatu Muar tolak pelucutan keahlian, pertahan Syed Saddiq

Syed
Syed
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Muar menggesa kemelut parti itu diselesaikan melalui pemilihan baharu parti sekali gus menolak 'pemecatan' serta-merta lima ahli Bersatu termasuk Ketua Bahagian Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bersatu Bahagian Muar dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat yang diadakan semalam.

"Keputusan mesyuarat telah sebulat suara menolak pemecatan ke atas Syed Saddiq, atas sebab beliau tidak diberikan hak untuk membela dirinya di hadapan Lembaga Disiplin Parti.

ARTIKEL BERKAITAN: Keahlian terlucut serta-merta bukan dipecat: Muhyiddin

Keahlian Tun M, 4 lagi terhenti sebab langgar perlembagaan parti

Tun M dakwa pemecatan beliau, 4 pemimpin Bersatu tidak sah

Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti

"Ahli mesyuarat juga telah sepenuhnya bersepakat agar kemelut parti ini dapat diselesaikan melalui pemilihan parti," menurut kenyataan itu.

Bersatu Bahagian Muar juga menegaskan kuasa akar umbi perlu dipulangkan semula kepada ahli-ahli.

Artikel Berkaitan:

"Hakikatnya parti ini bukan hanya milik segelintir pihak tetapi milik kita bersama yang telah bersama-sama mendokong aspirasi rakyat terbanyak.

"Dengan ini kami, Bersatu Bahagian Muar memberikan sokongan penuh ke atas Ketua Bahagian kami, Syed Saddiq," katanya.

Semalam Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lima pemimpin Bersatu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bukannya dipecat sebaliknya keahlian mereka terhenti dengan serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Empat yang lain ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.