Penduduk Kuala Pilah akur peraturan dan SOP

Kelihatan orang ramai mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan ketika berada di premis perniagaan.
Kelihatan orang ramai mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan ketika berada di premis perniagaan.
A
A
A

KUALA PILAH - Penduduk di daerah ini akur dengan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB).

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, mereka mempraktikan norma baharu dan arahan yang dikuatkuasakan sebaiknya.

"Kami telah melakukan pemantauan dan pemeriksaan di 253 premis bermula 22 Mei hingga 25 Mei lalu.

"Setakat ini juga tiada kompaun dan notis amaran bertulis dikeluarkan selain mendapati semua premis berada dalam keadaan terkawal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Faizal berkata, bagaimanapun hanya amaran lisan diberikan kepada peniaga dan orang awam supaya mematuhi peraturan dan SOP.

Dalam pada itu, Mohd Faizal berkata, sepanjang PKPB Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Pilah menubuhkan pasukan pemantau yang dianggotai oleh agensi penguatkuasaan dalam daerah Kuala Pilah.

"Pasukan ini terdiri daripada anggota polis, Penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Pilah, anggota

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah.

Artikel Berkaitan:

"Tanggungjawab utama pasukan pemantau ialah membuat pemeriksaan pematuhan SOP ke atas

premis perniagaan tumpuan orang awam yang menumpukan kepada pematuhan penjarakkan sosial, penggunaan topeng muka, penyediaan termometer, 'hand-sanitiser dan rekod kehadiran pelanggan," katanya.

Jelasnya lagi, lokasi operasi pemantauan seperti pasar awam, premis pasar raya, kedai runcit, pusat penjaja, restoran, tempat riadah awam dan kilang di bawah pentadbiran daerah Kuala Pilah.