X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita Britain murung ditemukan mati di Cherating

A
A

KUANTAN - Seorang wanita Britain yang menetap di Cherating ditemukan mati tergantung di sebuah bangsal di tepi pantai pusat pelancongan itu awal pagi tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 6.55 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berkahwin dengan lelaki tempatan mempunyai dua anak berusia 20 dan 22 tahun serta menetap di negara ini sejak tahun 1994.

"Anaknya memaklumkan mangsa tinggal seorang diri di sebuah resort di Cherating selepas bercerai dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri di sebuah hospital di sini kerana mengalami kemurungan.

Lokasi mangsa ditemui
Lokasi mangsa ditemui

"Kali terakhir anaknya bertemu mangsa kira-kira jam 10 malam tadi. Bagaimanapun kira-kira jam 6.55 pagi tadi wanita terbabit tiada di bilik penginapannya dan anaknya mencari mangsa di sekitar resort sebelum menemui mayat ibunya tergantung di sebuah bangsal di tepi pantai," katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini, petang tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuab Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus