Mayat bekas bintang WWE lemas ditemui

Mayat bekas bintang WWE lemas ditemui. - Foto The New York Times
Mayat bekas bintang WWE lemas ditemui. - Foto The New York Times
A
A
A

MAYAT bekas bintang WWE, Shad Gaspard yang hilang selepas dihanyutkan ombak sewaktu berenang telah ditemui selepas dua hari misi pencarian dilakukan di Pantai Venice, California.

Lapor The New York Times, Gaspard, 39, dijumpai terdampar di Pantai Venice pada awal pagi Rabu, kata pihak berkuasa.

Menurut Bahagian Penyelamat Jabatan Bomba Daerah Los Angeles, Gaspard dilaporkan hilang pada Ahad, setelah dia dihanyutkan arus deras ketika berenang bersama anaknya, Aryeh, 10.

Sekitar jam 1.25 pagi hari Rabu, seorang pegawai polis telah menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa menemui satu mayat di pantai, kata Jabatan Polis Los Angeles.

Menurut Ketua Bahagian Penyelamat, Kenichi Haskett, pasukan penyelamat menyedari dua beranak itu dihanyutkan arus deras sebelum bertindak menyelamatkan mereka.

"Aryeh berada lebih dekat di pantai, jadi penyelamat dapat menariknya terlebih dahulu.

"Kata-kata terakhirnya adalah "selamatkan anak saya, selamatkan anak saya," ujar Haskett.

Katanya, penyelamat membawa Aryeh keluar dari laut dan sekembalinya ke pantai, mangsa dilihat bergelut gelombang ombak setinggi 2 meter bagi menyelamatkan diri.

Artikel Berkaitan:

"Dalam 60 saat, penyelamat pergi untuk mendapatkan mangsa namun ombak sekali lagi datang lalu menenggelamkan mangsa," katanya.

Dalam pada itu, keluarga Gaspard menerusi Twitter turut berterima kasih kepada orang ramai dan peminat atas kata-kata semangat dan tidak henti memberi sokongan.

Gaspard menjadi bintang WWE pada 2003 dan muncul menerusi Smackdown pada 2010.