Ibadah haji: Tunggu kenyataan rasmi Arab Saudi

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua pihak disaran menunggu kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi berkenaan isu urusan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dan arahan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi berkaitan isu berkenaan.

“Setakat hari ini seperti kita tahu kerajaan Arab Saudi belum pun membuat sebarang pengumuman sama ada tahun ini boleh untuk mengerjakan haji atau tidak. Belum ada lagi.

“Setakat ini (hanya) perintah berkurung untuk berhari raya ini sahaja yang dilaksanakan dan untuk menunaikan haji masih lagi belum ada sebarang pengumuman.

“Jadi saya percaya keputusan untuk menghantar (jemaah ke Arab Saudi) atau tidak tertakluk kepada pengumuman yang akan dibuat oleh negara Arab Saudi,” kata pada sidang akhbar harian selepas mesyuarat menteri-menteri disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, sebarang bentuk perkembangan mengenai perkara itu akan terus bergantung kepada keputusan dan pengumuman kerajaan Arab Saudi dari masa ke masa.

“Kalau (kerajaan Arab Saudi) kata buka, mungkin selepas itu Menteri Hal Ehwal Agam (Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri) akan membuat keputusan. Jadi kita kena tunggu.

“Tiada makna jika kita putuskan sekarang sedangkan Arab Saudi belum membuat sebarang keputusan, jadi Menteri (Hal Ehwal Agama) saya percaya akan menunggu keputusan daripada Arab Saudi dahulu,” katanya.

Artikel Berkaitan: