'Sayang (polis)... terima kasih'

Perkongsian kisah itu dimuat naik di Facebook IPD Petaling Jaya hingga tular di laman sosial.
Perkongsian kisah itu dimuat naik di Facebook IPD Petaling Jaya hingga tular di laman sosial.
A
A
A

PETALING JAYA - Kisah anggota polis membantu warga emas berbangsa Cina yang ditemui di tepi jalan bersendirian untuk membayar bil mendapat perhatian masyarakat.

Keprihatinan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu menerima pujian dari masyarakat kerana tindakan murni membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Perkongsian kisah itu dimuat naik di Facebook IPD Petaling Jaya hingga tular di laman sosial.

Hantaran dengan kapsyen, "Sayang... sayang terima kasih" kata warga emas itu kepada Koperal Muhammad Azizi Matshah selepas membantu membuat pembayaran di pejabat pos berhampiran Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.

Teladan baik yang ditunjukkan oleh Muhammad Azizi menyatakan tanggungjawab polis bukan setakat menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah prihatin serta bersedia membantu penduduk dalam keadaan memerlukan.

Netizen, Siti Aishah Al Hassan mengucapkan tahniah kepada Muhammad Azizi kerana membantu warga emas manakala Wawar Bunga berkata, terbaik, Polis Diraja Malaysia dan masyarakat berpisah tiada.

Artikel Berkaitan: