Tindakan tegas individu hina agama Islam: Tosrin

Tosrin (dua dari kanan) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Johor hari ini terhadap individu yang yang memperlekehkan kebenaran 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di negeri itu.
Tosrin (dua dari kanan) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Johor hari ini terhadap individu yang yang memperlekehkan kebenaran 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di negeri itu.
A
A
A

KULAI - Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memperlekehkan kebenaran 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di negeri ini.

Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ( Bukit Permai) berkata, tindakan individu berkenaan yang menyamakan jemaah dengan haiwan menghina kesucian Islam dan mengingkari perintah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Ini merupakan satu penghinaan kepada agama Islam dan satu pengingkaran kepada titah Sultan Johor kerana ketetapan 12 orang berjemaah adalah atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan diputuskan Jawatankuasa Fatwa Agama Islam Negeri Johor.

“Masyarakat pula memperlekehkan perkara ini satu tanpa mengira kesan dan akibatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, di sini, pada 9 pagi tadi.

Terdahulu, tular di Facebook milik seorang individu yang memuat naik status jelik (Friday Matinee. '12 Monkey'. Coming show on J.Cinema) yang dipercayai dimuat naik pada 13 Mei lepas.

Khamis lalu, Tosrin memaklumkan kerajaan Negeri Johor membenarkan hanya 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau di negeri ini, mulai semalam, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

12 jemaah termasuk imam satu, imam dua, bilal, noja serta lapan ahli jawatankuasa kariah masjid dan surau dengan mematuhi garis panduan ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat Tosrin.