Biar Parlimen tentukan

Bangunan Parlimen Malaysia
Bangunan Parlimen Malaysia
A
A
A

SELAMA dua bulan ini, suhu politik turun mendadak. Kata orang, kerajaan Tan Sri Perdana Menteri ‘terselamat’ disebabkan wabak Covid-19.

Di tengah sibuk-sibuk memerangi wabak itu, soal politik diketepikan. Namun begitu, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Pembangkang hanya tunggu peluang. Mereka tuduh yang memerintah sekarang kerajaan ‘pintu belakang’. Ini bukan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Lagipun Tan Sri Perdana Menteri bersekongkol dengan parti yang telah ditolak oleh rakyat.

Awang tak terperanjat kalau ada usul undi tak percaya pada Tan Sri Perdana Menteri.

Khabarnya usul itu datang daripada Tun mantan Perdana Menteri sendiri. Satu usul percaya pada Tun mantan Perdana Menteri pula dibawakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Khabarnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat terima usul undi tak percaya pada Tan Sri Perdana Menteri yang dibawakan oleh Tun mantan Perdana Menteri. Syabas pada Yang di-Pertua. Bukti dia tak memihak kepada sesiapa.

Bagi Tan Sri Perdana Menteri, ini peluang untuk beliau buktikan sokongan kepadanya. Bagi pembangkang, kalau usul itu tewas, jelaslah mereka tidak ada sokongan selama ini.

Artikel Berkaitan:

Kita kena pertahankan sistem demokrasi yang ada. Demokrasi bukan sempurna tapi itulah pilihan yang ada pada kita bagi mengelakkan krisis politik berpanjangan.

Bukan goyang tapi gelombang

Awang rasa sebelum pembangkang nak masuk gelanggang, kenalah tengok keadaan di dalam rumah sendiri. Nampaknya hal pokok, siapa jadi Ketua Pembangkang pun belum selesai.

Memang sekarang Datuk Seri Anwar dah isytihar beliau Ketua Pembangkang tapi Awang tahu ramai dalam Pakatan Harapan (PH) yang masih mahukan Tun mantan Perdana Menteri.

Banyak isu yang berbangkit daripada tindakan sebahagian besar pemimpin Bersatu masuk Perikatan Nasional (PN). Isu Setiausaha Agung parti itu pun belum selesai.

Ada yang mahu parti itu kembali menjadi anggota PH, ada yang tidak. Memang yang masuk PN menolak PH. Dalam sayap Armada, parti itu pun dah nampak keretakan.

Ketuanya, Syed Saddiq mahukan Bersatu dalam PH tetapi ada suara daripada ketua-ketua Armada negeri yang tidak bersetuju. Mereka kata Syed Saddiq tidak mewakili suara majoriti Armada.

Pada masa ini ada dua Bersatu nampaknya, yang di bawah Tan Sri Perdana Menteri dan yang kekal bersama Tun mantan Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz.

Awang lihat tiga parti yang lain dalam PH nampak solid, cuma Bersatu yang nampak goyang. Bukan goyang sahaja tetapi bergelombang.

Bila sebut parti Bersatu, orang bertanya parti yang mana? Kalau Bersatu nak bersama PH bagi menghadapi PN, mereka kena kuat. Keadaan pada tahun 2018 tak sama macam sekarang.

Agaknya Bersatu yang bukan bersama Tan Sri Perdana Menteri kena buat parti baharu macam Parti Semangat 46 atau Amanah. Mungkin namanya Parti Peribumi Bersatu Baharu Malaysia.