YouTuber masakan mula curi hati rakyat Malaysia...

Sugu Pavitra YouTuber masakan mencuri hari rakyat Malaysia.
Sugu Pavitra YouTuber masakan mencuri hari rakyat Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang suri rumah mula meraih populariti di platform media sosial popular, Youtube berikutan rakaman video dia memasak pelbagai menu dengan fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Youtuber atas nama Sugu Pavitra itu menjadi bualan hangat orang ramai dan mula meraih perhatian subsciber dengan setakat ini berjaya memperoleh 142,000 subscribe.

Kandungan video yang dihasilkan wanita tersebut pada awalnya hanya untuk 'suka-suka' itu nampaknya membuahkan hasil hingga ada video yang mencecah setengah juta tontonan misalnya video berjudul 'kari ayam pencen paling sedap'.

Selain masakan kari ayam, wanita dilahirkan di Sungai Siput, Perak tersebut berkongsi pelbagai resipi masakan antaranya cara memasak paruppu vadai, resepi sambal udang dan nasi minyak dengan hanya membuat rakaman menggunakan telefon bimbit.

Saban hari Pavitra mula mengumpul peminat yang menganggapnya sebagai seorang yang ikhlas ketika memasak.

Tidak hairanlah, hasil usahanya itu, tiga minggu lalu, Pavitra menerima surat dari Youtube dan memperoleh 'gaji' menerusi videonya itu.

Ia adalah satu pencapaian mengagumkan untuk wanita sepertinya yang mula meniti populariti sebagai YouTuber sekali gus berjaya menjana pendapatan.

Lebih menarik perhatian orang ramai apabila dia juga tidak kekok berkongsi mengenai aktiviti harian yang dilakukannya bersama keluarga seperti bercucuk tanam dan ahli keluarganya memang 'sporting'!

Artikel Berkaitan: