Polis pantau kediaman mangsa banjir

Polis melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan terjejas banjir semalam.
Polis melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan terjejas banjir semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis melakukan rondaan dan pemantauan di beberapa kediaman penduduk yang dilanda banjir di Batu 7 Ijok di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pemantauan itu dilakukan anggota dari Balai Polis Bestari Jaya.

Menurutnya, kejadian banjir berlaku disebabkan berlaku taburan hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini.

"Berlaku limpahan air sungai disebabkan ban pecah selain faktor hujan lebat tidak menentu sejak minggu lalu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk tak tahan dah!

Sinar Harian semalam melaporkan hujan lebat lebih tiga jam mengakibatkan kira-kira 10 rumah penduduk di Batu 7 Ijok di sini dilanda banjir kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu berlaku mengakibatkan kediaman yang menjadi tempat berlindung penduduk sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) terjejas.

Artikel Berkaitan: