PKP Keluarga Terkandas
23 April 2020 10:43am
Masa membaca: 4 minit
Kelihatan Irwan Muhammad (kiri) menghantar bapa mertuanya, Mohd Said Saad, 71, ke pusat dialisis tiga kali seminggu.
Gambar ini dirakam ketika mereka berdua mengecat rumah bagi mengisi masa terluang.
Gambar ini dirakam ketika Irwan membuat pembelajaran online bersama anak-anak saudaranya di kampung.
Gambar kenangan ini dirakam ketika menyambut hari lahir bapa mertuanya, Mohd Said Saad yang ke-71 kelmarin.
Hasrat seorang guru dari Negeri Sembilan pulang bercuti selama seminggu di Kedah berganti menjadi bulan apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.
Irwan Muhammad Shah Ahmad, 40,(dua, kiri) berkata keadaan itu bagaimanapun memberi peluang kepada beliau dan isteri, Sharniza Mohd Said, 40, (dua, kanan) untuk berbakti kepada ibu serta bapa mertuanya yang sudah uzur di kampung dalam tempoh lebih lama.