Warga emas hilang tiga hari ditemukan lemah di kebun sawit

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tepi semak dalam kebun sawit Kampung Tebing Tinggi, Felda Triang 3 di sini.
Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tepi semak dalam kebun sawit Kampung Tebing Tinggi, Felda Triang 3 di sini.
A
A
A

BERA - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan selamat dalam keadaan lemah di kebun sawit Kampung Tebing Tinggi, Felda Triang 3 di sini pada Rabu.

Mangsa, Abdul Rahim@Mohd Ali Hassan, 76, ditemui penduduk kira-kira jam 5.20 petang dalam keadaan terbaring di tepi semak berhampiran pokok sawit.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, motosikal jenis Honda Wave yang digunakan ditemui berhampiran lokasi mangsa ditemui.

Motosikal digunakan ditemukan berhampiran mangsa.
Motosikal digunakan ditemukan berhampiran mangsa.

Menurutnya, anak mangsa (pengadu) yang berusia 43 tahun menerima panggilan daripada rakan memberitahu ayahnya ditemui di kebun sawit Tebing Tinggi Felda Triang 3 di sini.

"Pengadu bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa berada dalam keadaan lemah tidak bermaya manakala motosikal digunakan berada berhampiran.

"Pengadu dibantu orang kampung membawa ayahnya ke Klinik Kesihatan Bandar 32 di sini sebelum dihantar ke Hospital Bera untuk rawatan lanjut.," katanya.

Zulkiflee berkata, pengadu kemudiannya tampil membuat laporan polis berhubung penemuan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!