Empat cedera dalam kemalangan BMW, lori tangki di Jambatan Pulau Pinang

Kemalangan membabitkan sebuah lori tangki minyak dan sebuah kereta BMW di Jambatan Pulau Pinang. Foto JBPM
Kemalangan membabitkan sebuah lori tangki minyak dan sebuah kereta BMW di Jambatan Pulau Pinang. Foto JBPM
A
A
A

GEORGE TOWN - Empat individu cedera selepas kereta BMW yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 3.4 Jambatan Pertama Pulau Pinang, menghala ke pulau, tengah malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.13 tengah malam itu, pemandu lori tangki berusia 53 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian dipercayai berlaku selepas hujan lebat melanda negeri ini.

Anggota bomba tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan namun empat mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital oleh orang awam. Foto JBPM
Anggota bomba tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan namun empat mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital oleh orang awam. Foto JBPM

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi pada jam 12.21 tengah malam.

“Seramai lima mangsa terlibat dalam kemalangan itu dengan empat daripadanya yang menaiki kereta berusia lingkungan 30 hingga 40-an telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu lori tangki berusia 53 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Pemandu lori tangki berusia 53 tahun tidak mengalami kecederaan. Foto JBPM
Pemandu lori tangki berusia 53 tahun tidak mengalami kecederaan. Foto JBPM

Beliau berkata, pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Operasi yang melibatkan 12 anggota BBP Perai itu turut mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia dan PLUS.

Operasi menyelamat dan pembersihan selesai sepenuhnya pada jam 1.11 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!