22 kawasan di seluruh negara catat IPU tidak sihat

Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi, Selasa. Foto: fail/Bernama
Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi, Selasa. Foto: fail/Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Bukit Rambai di Melaka merekodkan bacaan tertinggi 174.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) dua kawasan di Melaka turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Bandaraya Melaka (161) dan Alor Gajah (158).

Sebanyak tiga kawasan di Negeri Sembilan juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Nilai (161), Seremban (158) dan Port Dickson (155).

Selain itu, yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah lima kawasan di Selangor, iaitu Johan Setia (160) Klang dan Banting dengan masing-masing mencatatkan 159, Shah Alam (158) dan Petaling Jaya (157).

Di Kuala Lumpur, dua kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Cheras (159) dan Batu Muda (158), manakala Putrajaya (158).

Sementara itu, tujuh kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Batu Pahat (156), Larkin (155), Pasir Gudang dan Tangkak dengan masing-masing mencatatkan 152, Kluang (151), Segamat (133) dan Kota Tinggi (113) serta Paka di Terengganu (153).

Sebanyak 39 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana di seluruh negara manakala hanya tujuh kawasan merekodkan bacaan tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!