Tambang ECRL dianggap mahal, rakyat harap kaji semula

Tambang kelas ekonomi perkhidmatan Transit Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi laluan Gombak-Kota Bharu bermula RM125 sehala dianggap mahal oleh sebahagian rakyat Kelantan.
Tambang kelas ekonomi perkhidmatan Transit Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi laluan Gombak-Kota Bharu bermula RM125 sehala dianggap mahal oleh sebahagian rakyat Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU – Tambang kelas ekonomi perkhidmatan Transit Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi laluan Gombak-Kota Bharu bermula RM125 sehala dianggap mahal oleh sebahagian rakyat Kelantan.

Mereka berharap kadar itu dikaji semula supaya perkhidmatan berkenaan mampu dinikmati lebih ramai pengguna.

Pelayan restoran, Amir Akram Che Adam, 26, berkata, perjalanan lebih pantas bukan keutamaan sekiranya tambang terlalu tinggi, terutama bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

HAMZAH
HAMZAH

“Saya masih memilih bas kerana tambangnya lebih rendah walaupun perlu menghabiskan masa lebih lama dalam perjalanan.

“Boleh kaji semula tambang RM125 sehala supaya lebih murah untuk kalangan rakyat biasa,” katanya.

Tambang ECRL bagi perkhidmatan Ekspres dari Gombak ke Kota Bharu pula bermula RM147 sehala.

Artikel Berkaitan:

Norfalizah
Norfalizah

Sementara itu, pekerja hotel, Norfalizah Mat Saad berkata, beliau menjangkakan tambang ECRL lebih murah berbanding kadar yang diumumkan.

“Harga tambang perlu ambil kira keadaan ekonomi semasa kerana kemampuan menggunakan pengangkutan awam tidak seharusnya terhad kepada golongan tertentu sahaja.

“Berdasarkan maklum balas pelancong selama saya bekerja, mereka ini lebih memilih kos pengangkutan murah untuk datang ke Kelantan, mungkin sesuai di bawah RM100 bagi tambang sehala atau transit,” katanya.

Sementara itu, berbeza dengan golongan pelajar yang gembira apabila diberikan diskaun 40 peratus kepada kumpulan mereka yang berusia 13 hingga 24 tahun.

Pelajar Pusat Pendidikan Universiti Malaya kampus Bachok, Irdina Khayra Mohamad Najib, 18, berkata, potongan tambang itu menjadikan perjalanan menggunakan ECRL lebih menarik untuk dicuba, terutama bagi pelajar yang mahu merasai pengalaman menaiki tren berkenaan.

“Apabila ada diskaun untuk pelajar, tambang jadi lebih rendah dan bolehlah cuba naik ECRL.

“Sekurang-kurangnya kami dapat merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan ini,” katanya.

Irdina yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan berkata, beliau biasanya menaiki bas dari Jelawat ke Seremban dengan tambang RM75 bagi perjalanan kira-kira lapan jam.

Norzazrina
Norzazrina

Sementara itu di KUANTAN, pekerja sektor swasta, Norzazrina Zainuddin, 39, menyifatkan kadar tambang berkenaan berpatutan, namun berharap maklumat harga tiket bagi setiap laluan diperincikan.

“Tambang dari Gombak ke Kelantan sekitar RM100 lebih. Saya harap ada maklumat lebih terperinci mengenai kadar tambang mengikut laluan.

“Contohnya, bagi perjalanan Transit dari KotaSAS ke Kelantan, supaya penumpang dapat mengetahui jumlah tambang yang perlu dibayar,” katanya.

Peniaga warung, Hamzah Ismail, 46, pula tidak sabar menggunakan ECRL kerana dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, selain menyifatkan tambangnya berpatutan.

No Image Caption

Bagi Fatimah BB Saip Khan, 64, diskaun tambang 50 peratus untuk warga emas dapat membantu mengurangkan kos perjalanan.

“Kemudahan diskaun 50 peratus untuk warga emas ini satu kelebihan kerana dapat membantu mengurangkan kos tambang bagi golongan seperti kami,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!