Tahniah Bonnie! Emas kedua buat Malaysia - PM

Bonnie menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli kategori 72 kg lelaki di Nagoya City Trade and Industry Center.
Bonnie menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli kategori 72 kg lelaki di Nagoya City Trade and Industry Center.
A
A
A

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada jaguh powerlifting para negara Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya meraih emas kedua negara di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.

"Tahniah Bonnie Bunyau Gustin yang terus mengharumkan nama negara menerusi kejayaan meraih emas dalam acara powerlifting para lelaki bawah 72 kilogram (kg) di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.

"Moga terus mengukir kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia!” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Bonnie menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli kategori 72 kg lelaki di Nagoya City Trade and Industry Center sekali gus menyaksikan atlet kelahiran Sarawak itu mempertahankan emas dimenanginya pada edisi 2022 di Hangzhou.

Kemenangan itu turut mengubat kekecewaan Bonnie selepas gagal mempertahankan emas Sukan Komanwel di Glasgow pada Julai lepas apabila sekadar meraih gangsa dalam kategori lightweight lelaki. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!