'Sebaik saya tiba di sekolah, Damiya tidak sedarkan diri dan terbaring di koridor' - Bapa

Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, berkata, sebaik tiba di sekolah, anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, berkata, sebaik tiba di sekolah, anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
A
A
A

SEPANG – Seorang bapa bergegas ke sekolah selepas dimaklumkan anak perempuannya mengalami masalah pernafasan sebelum menemui anaknya, Derma Damiya' Nur Mikayla, 7, terbaring tidak sedarkan diri di koridor tingkat dua, Isnin.

Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, berkata, sebaik tiba di sekolah, anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, beliau cuba memberikan bantuan termasuk melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR), namun anaknya tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

"Lebih kurang 15 minit kemudian, ambulans tiba. Ketika itu, keadaan anak saya sudah tidak menunjukkan sebarang tindak balas,” katanya pada Rabu.

Murid Tahun Satu, Derma Damiya' Nur Mikayla, 7, maut dipercayai sesak nafas di sekolah.
Murid Tahun Satu, Derma Damiya' Nur Mikayla, 7, maut dipercayai sesak nafas di sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid perempuan meninggal dunia selepas sesak nafas

Murid maut sesak nafas di sekolah: 'Doktor beritahu saluran pernafasan anak saya tersumbat akibat makanan' - Bapa

Beliau berkata, doktor memaklumkan saluran pernafasan anaknya dipercayai tersumbat akibat makanan, sama ada pisang atau ayam, namun punca sebenar belum dapat dipastikan.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang murid perempuan dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 malam, Isnin.

Beliau berkata, mangsa diberikan bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital berkenaan.

Mior Shahrizal berkata, beliau berhenti kerja pada awal Januari lalu bagi memberi tumpuan kepada urusan persekolahan anaknya, termasuk menghantar dan mengambilnya setiap hari.

Katanya, anaknya bersekolah agama pada sesi pagi sebelum menghadiri sesi persekolahan kebangsaan pada sebelah petang.

Menurutnya, anak perempuannya yang disifatkan sangat aktif turut menunjukkan tingkah laku berbeza pada hari sebelum kejadian.

"Biasanya, apabila balik sekolah agama, dia agak liat apabila disuruh mandi namun semalam apabila saya suruh mandi, dia terus bangun dan melakukannya sendiri.

"Dia juga memakai pakaian sekolah dan tudung sendiri tanpa meminta bantuan saya seperti kebiasaannya," katanya.

Tambahnya, anak perempuan itu sangat rapat dengannya dan sering berkongsi cerita serta mengadu kepadanya apabila berdepan sebarang masalah.

Mior Shahrizal berkata, beliau menerima ketentuan itu dengan hati yang reda meskipun kehilangan anak yang amat disayanginya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!