Janin empat bulan dalam bekas plastik dijumpai di luar rumah

Polis memeriksa kandungan bekas plastik itu dan ternyata ia janin berusia kira-kira empat bulan dalam kandungan. Foto: Daily News.
Polis memeriksa kandungan bekas plastik itu dan ternyata ia janin berusia kira-kira empat bulan dalam kandungan. Foto: Daily News.
A
A
A

BANGKOK - Polis menjalankan siasatan terhadap kes janin ditemukan di dalam bekas plastik lutsinar yang diletakkan di luar sebuah rumah, di sini pada Ahad lalu.

Pemilik rumah yang hanya dikenali sebagai Bank memberitahu polis bahawa penghantar makanan meninggalkan beg plastik itu di atas pagarnya pada hari tersebut, sambil mendakwa seseorang telah membuat pesanan makanan untuknya.

Bank berkata, dia tidak membuat sebarang pesanan dan berasa pelik dengan penghantaran itu, namun membiarkan sahaja beg berkenaan tanpa disentuh bahkan tidak memeriksa kandungannya.

Pemuda tersebut mengesyaki bekas pasangannya, seorang wanita lingkungan usia 30-an sebagai individu yang bertanggungjawab menghantar 'pesanan aneh' itu.

Katanya, mereka menjalin hubungan selama empat hingga lima tahun tanpa berkahwin sebelum berpisah kira-kira tujuh bulan lalu.

Pegawai dari Balai Polis Bang Sao Thong pergi ke rumah itu yang terletak di daerah Phasi Charoen kira-kira jam 11 malam selepas menerima laporan penemuan janin berkenaan.

Pakar forensik, ahli patologi dari Hospital Siriraj serta sukarelawan pasukan penyelamat turut berada di lokasi bersama polis.

Pemeriksaan mendapati terdapat beg plastik berwarna putih tergantung pada pagar dan satu lagi bekas plastik di atas tanah di luar rumah berkenaan.

Bekas plastik itu juga berisi janin yang dibalut dengan kain berwarna biru dipercayai berusia kira-kira tiga hingga empat bulan.

Artikel Berkaitan:

Meskipun tiada status berkahwin, pasangan itu mempunyai seorang anak berusia kira-kira 18 bulan.

Bank memaklumkan, mereka bersetuju wanita itu menjaga anak mereka dari Jumaat hingga Ahad setiap minggu.

"Bekas teman wanita saya mengambil anak kami pada Ahad lalu, tetapi dia tidak menunjukkan sebarang tingkah laku mencurigakan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!