Bayi 10 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan, pengasuh ditahan

Seorang pengasuh ditahan bagi membantu siasatan kes bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaannya.
Seorang pengasuh ditahan bagi membantu siasatan kes bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaannya.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan kes bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan wanita itu di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Ibu mangsa dikatakan menghantar anaknya awal pagi tadi sebelum pengasuh berusia 25 tahun itu mendapati mangsa lemah dan tidak bermaya pada 9.50 pagi sebelum membawanya ke klinik kesihatan berdekatan.

Bayi itu dipercayai meninggal dunia sebelum tiba di klinik dan pemeriksaan fizikal awal tidak menemukan kesan lebam pada tubuh mangsa. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!