Pemandu tersepit, lori muatan batu terbalik

Anggota bomba bertindak segera menyelamatkan pemandu lori dalam kemalangan di Jalan Pulau Lumut di Shah Alam pada Isnin. - FOTO: JBPM Selangor
Anggota bomba bertindak segera menyelamatkan pemandu lori dalam kemalangan di Jalan Pulau Lumut di Shah Alam pada Isnin. - FOTO: JBPM Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki cedera selepas lori tipper muatan batu dipandunya terbabas lalu terbalik dalam kejadian di Jalan Pulau Lumut di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi selepas menerima pada jam 3.03 petang.

"Sampai di lokasi kejadian mendapati sebuah lori tipper 10 tan telah terbabas dan terbalik.

"Pemandu berusia 40-an yang terperangkap dan tersepit berjaya dibawa keluar pada jam 4.40 petang dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit bahagian hadapan lori. - FOTO: JBPM Selangor
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit bahagian hadapan lori. - FOTO: JBPM Selangor

Beliau berkata, pemandu mengalami kecederaan dibahagian kaki dan tangan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, operasi tamat sekitar jam 5.05 petang.

Sebelum itu tular rakaman video pengguna jalan raya memaparkan sebuah lori yang terbabas ketika melalui selekoh di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!